JIWA SME
Terengganu
Ekonomi Kreatif dan Kraftangan
Jelajah JIWA SME Terengganu 2026 mengetengahkan warisan batik, kraf tradisional dan kreativiti usahawan tempatan. Program dua hari ini menghimpunkan penggiat seni, perusahaan sosial, usahawan kraf dan komuniti dalam sesi podcast, bengkel, jualan serta aktiviti interaktif.
7 Panel
Speaker
49
Program
6 Live
Podcast
Barisan Speaker
Klik pada speaker untuk lihat sesi mereka
Jadual Program
Pilih hari dan kategori untuk cari sesi yang relevan.
Soalan Lazim
Ada soalan mengenai JIWA SME? Kami sedia membantu.
Adakah JIWA SME terbuka secara percuma kepada pengunjung?
Ya, JIWA SME adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, pendaftaran awal amat digalakkan bagi memudahkan urusan kemasukan serta memastikan anda tidak terlepas sebarang sesi perkongsian dan aktiviti menarik sepanjang acara berlangsung.
Siapa yang sesuai hadir ke JIWA SME?
JIWA SME terbuka kepada usahawan PKS, penggiat ekonomi kreatif dan kraftangan, pemilik perniagaan, komuniti keusahawanan serta sesiapa sahaja yang berminat untuk meneroka peluang dalam ekonomi kreatif, kraftangan dan perniagaan tempatan.
Bagaimana cara untuk mendaftar?
Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web rasmi di jiwasme.com.my/daftar.html. Daftar awal untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program dan aktiviti yang disediakan.
Apakah aktiviti yang boleh dijangkakan sepanjang JIWA SME?
Pengunjung boleh menyertai pelbagai pengisian menarik termasuk sesi podcast bersama usahawan dan pemain industri, showcase usahawan tempatan, aktiviti interaktif, demonstrasi kraftangan, persembahan secara langsung serta pelbagai lagi aktiviti sepanjang acara berlangsung.
Adakah kemudahan parkir disediakan?
Ya, kemudahan parkir tersedia di Mayang Mall untuk pengunjung. Rancang perjalanan anda lebih awal bagi memastikan urusan ketibaan lebih lancar.
